Monday, 7 August 2017

Krisis air
]
Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di garisan Khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari 2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm. Selain itu Malaysia dirahmati dengan lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun terdapat beberapa krisis air yang berlaku seperti:
  • Krisis air di Lembah Kelang 1998
  • Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
  • Beberapa siri tumpahan minyak diesel ke dalam sungai yang menyebabkan bekalan air terganggu.
Pencemaran sungai menjadi punca utama berlakunya gangguan bekalan air di negara ini. Terdapat 3 batangsungai utama di daerah simpang ia itu sungai matang, sg jebong dan sungai batu teguh dan kawasan tasik pula terdapat di kawasan tekah dan kampong jelapang. Sumber bekalan air domestik pula dari 3 kawasan tadahan air bukit larut, bukit merah dan pecah batu trong sementara loji rawatan air yang membekalkanair kepada penduduk simpang ialah dari logi rawatan air kuning dan bukit merah.
Pemusnahan kawasan hutan tanah tinggi yang berleluasa sekarang bukan sahaja membinasakan alam semula jadi tetapi juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga[6]Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku. Dan tanpa kawasan hutan yang tebal, apa sahaja lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada sistem angin yang akan membawa lembapan itu ke tempat lain dan melepaskannya ke laut.


Antara tahun 2008 dan 2014, pencemaran telah menutup loji rawatan air di sungai-sungai di seluruh Malaysia selama 1,005.75 hari atau sejumlah 24,138 jam.

Lebih dari satu pertiga daripada penutupan ini berlaku di Selangor.

Sejak tujuh tahun lalu, penutupan loji rawatan disebabkan oleh pencemaran sungai yang telah mengganggu bekalan yang disalurkan kepada ratusan ribu pengguna di negeri ini untuk sekurang-kurangnya 8,000 jam atau 333 hari Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Krisis air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejak tahun 1970-an kepada masa kini.[1]. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh digunakan dan pencemaran air.
Dunia kita mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera. Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan untuk menukar air masin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang tidak begitu mudah dilakukan. Kerana inilah hanya sedikit sahaja bekalan air bersih yang diambil dari proses penyahmasinan[2].
Terdapat beberapa manifestasi utama dari krisis air.
  • Kekurangan bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.
  • Penggunaan air bawah tanah yang boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian[3].
  • Penggunaan berlebihan dan pencemaran sumber air yang mengganggu kepelbagaian bio.
  • Konflik serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh menyebabkan perang.
Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca utama kematian di dunia. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Separuh dari pesakit di hospital adalah disebabkan oleh penyakit dibawa oleh air[4]. Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan[5].
Pada mulanya manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia yang semakin bertambah pada abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini diburukkan lagi dengan kemarau yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.
Hutan dan air[sunting | sunting sumber]
Hutan merupakan salah satu ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, Krisis air di Malaysia[sunting | sunting sumber


Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Mohd Ridhuan Ismail berkata pelbagai jenis pencemaran sungai, termasuk air kumbahan, bahan pencuci, tumpahan minyak, aliran berlumpur akibat banjir, penebangan hutan dan kuari, menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup.

Beliau berkata loji rawatan mempunyai had dalam memproses air dan mungkin tidak dapat menapis tahap pencemaran yang tinggi.

"Lebih 90 peratus daripada penutupan di Johor antara tahun 2012 dan 2015 adalah di kawasan perkilangan di Skudai, disebabkan oleh jumlah ammonia yang tinggi di dalam sungai," katanya.

Pada Mac, The Star mendedahkan tentang pencemaran alga mekar yang agak besar di Empangan Sembrong di Johor yang menjadi sumber air untuk kira-kira 120,000 penduduk di daerah Kluang dan sebahagian di Batu Pahat.

Mohd Ridhuan berkata penutupan loji rawatan di negeri-negeri selain daripada Melaka adalah disebabkan oleh berlakunya kekeruhan dalam air mentah, berpunca daripada aktiviti-aktiviti di huluan.

Beliau berkata tapak industri di Merlimau di Melaka telah ditutup selama lapan bulan dari Jun tahun lepas kerana perubahan warna dan keasidan dalam air mentah naik mendadak.

Penutupan-penutupan ini tidak diketahui secara menyeluruh memandangkan SPAN tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang jumlah isi rumah terjejas tetapi jika kilang tidak beroperasi, walaupun untuk satu jam, isi rumah mungkin ketiadaan air selama beberapa jam.

Ini kerana masa diambil untuk paip yang kosong diisi semula dengan jumlah tekanan air yang tepat untuk memastikan aliran air biasa.

Mohd Ridhuan berkata adalah penting bagi kawasan tadahan dijaga dengan selamat, kerana ia adalah sumber air bagi jutaan pengguna.

Beliau berkata Sungai Selangor merupakan salah sebuah daripada kawasan itu, sambil menambah bahawa empat tapak industrinya membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, atau lebih dari empat juta orang.

"Apabila pencemaran di kawasan tadahan menyebabkan penutupan loji rawatan, kesan ke atas pengguna adalah besar," katanya.

Beliau berkata negeri-negeri perlu mengawal pembangunan di kawasan tadahan air dan mengenakan hukuman keras terhadap mereka yang melakukan pencemaran untuk diteladani oleh orang lain.

Beliau berkata penutupan di Perak telah menunjukkan pengurangan ketara sejak 2011 apabila tumbuh-tumbuhan di negeri ini telah dinaik taraf.

Negeri-negeri yang mahu mengurangkan kesan yang disebabkan oleh penutupan juga boleh memindahkan tapak industri di kawasan tadahan yang berbeza, katanya, sambil menambah bahawa loji Langat 2, yang akan menyalurkan air dari Pahang ke Selangor, sebagai contoh.

Loji Langat 2 bakal siap pada 2017 dan direka bentuk untuk membekalkan 1,130 juta liter air sehari.Isu yang hangat di negara kita pada masa kini ialah kekurangan bekalan air.Untuk pengetahuan anda,air merupakan sumber yang paling bernilai di alam dunia ini.Tanpa bekalan air yang tidak mencukupi,manusia tidak dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan selesa.Sebagai contoh,kini akhbar-akhbar kita penuh dengan pelbagai aduan masyarakat yang mengatakan tiada bekalan air selama seminggu berturut-turut.Berita yang paling menderitakan hati saya ialah,seorang wanita mengadu bahawa anak-anaknya pergi ke sekolah tanpa mandi selama 3 hari.Keadaan ini menjelaskan bertapa pentingnya air dalam kehidupan manusia.Secara umumnya,negara kita mempunyai banyak sumber air.Namun demikian,dewasa ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat selari dengan peningkatan populasi penduduk.Mungkin timbul persoalan dalam kalangan anda mengapa situasi sedemikian boleh berlaku sedangkan kita mempunyai sumber air yang banyak sekelilingi kita.

Sebenarnya.punca kekurangan bekalan air disebabkan  pencemaran ke atas sumber air yang ada.Sebagai contoh,pengurusan sisa buangan yang tidak sistemik.Misalnya,longgokan sampah di tapak-tapak pelupusan sampah telah menyebabkan terhasilnya sisa toksik yang seterusnya akan mengalir ke sungai-sungai dan sumber air bersih yang lain.Maka,sumber air tercemar melalui pengaliran sisa toksik tersebut.Selain itu,peningkatan suhu global juga salah satu punca kekurangan bekalan air.Peningkatan suhu menyebabkan kadar kehilangan air berlaku dengan lebih cepat akibat daripada proses penyejatan air yang tinggi ke atmosfera.Kadar hujan yang amat rendah di negara kita menjadikan masalah ini lebih serius.Tambahan pula,pembangunan pesat yang tidak terancang menyebabkan air hujan tidak diserap dalam tanah malah ia mengalir terus ke sungai-sungai yang berdekatan.Maka,kuantiti air di bawah tanah semakin berkurangan dan ia menjejaskan mutu bekalan air kita.


Apa Itu Air?

Air anugerah Allah SWT yang sangat penting terhadap kehidupan sejagat.Tanpa sumber air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup.Penegasan berhubung kepentingan sumber air banyak dinukilkan dalam al-Quran. Antaranya firman Allah bermaksud: “Dan Dia menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula menundukkan sungai-sungai bagimu.” (Surah Ibrahim, ayat 32)

Secara umumnya negara kita mempunyai banyak sumber air.Namun, dewasa ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat selari peningkatan jumlah populasi penduduk.Ironinya kita sering terlupa mensyukuri nikmat yang Allah berikan adalah faktor utama kegagalan dalam menangani krisis air.

Acap kali kita sedar betapa berharganya walau setitis apabila terputus bekalan air.Keperitan hidup tanpa bekalan air paip turut menjadikan kita lebih bersemangat untuk berjimat-cermat, tetapi kita sering terlupa untuk mengotakan janji apabila air mula mengalir, kita kembali dengan tabiat lama, mengguna air secara berlebihan dan membazir.

Buktinya, piawaian antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesyorkan kadar penggunaan air setiap individu adalah 165 liter setiap hari. Namun, kajian terbaru menunjukkan setiap rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 310 liter air sehari.Jadi, secara purata rakyat Malaysia terlebih menggunakan air 145 liter sehari.Sebagai perbandingan, seorang penduduk Afrika purata menggunakan air hanya 50 liter seorang sehari, penduduk India 100 liter sehari, manakala Singapura 150 liter sehari.


Krisis Air

Krisis air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejaktahun 1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh digunakan dan pencemaran air.

Dunia kita mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera.Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan untuk menukar air masin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang tidak begitu mudah dilakukan. Kerana inilah hanya sedikit sahaja bekalan air bersih yang diambil dari proses penyahmasinan.

Terdapat beberapa manifestasi utama dari krisis air.
· Kekurangan bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.
· Penggunaan air bawah tanah yang boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian.
· Penggunaan berlebihan dan pencemaran sumber air yang mengganggu kepelbagaian bio.
· Konflik serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh menyebabkan perang.
Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca utama kematian di dunia. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Separuh dari pesakit di hospital adalah disebabkan oleh penyakit dibawa oleh air. Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan.
Pada mulanya manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia
yang semakin bertambah pada abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini
diburukkan lagi dengan kemarau yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.

Punca Krisis Air Di Malaysia

1.Sampah sarap
- Sungai yang tercemar menyebabkan hanya sedikit air boleh dipam ke loji rawatan air.
Dan berdasarkan rekod, kira - kira 300,000 tan sampah, cukup untuk mengisi 110 kolam
renang saiz Olimpik, dibuang ke dalam sungai setiap tahun. Selain daripada beg plastik
sampah, pelbagai sisa buangan termasuk peti sejuk lama, tilam dan peralatan dapur 
juga turut dibuang ke dalam sungai. Sungai yang paling kotor di negara ini, dari segi
jumlah sampah yang ditemui, adalah Sungai Klang. Dianggarkan kira - kira 77,000 tan
sampah dibuang ke dalam sungai itu setiap tahun. Selain daripada sampah, sisa
pembinaan, keladak daripada pembersihan tanah, minyak dan gris dari restoran dan
bahan buangan organik, sisa industri dari kilang dan bengkel turut di buang kedalam
sungai. Ini menyebabkan pencemaran yang lebih serius. Lima sungai yang paling
tercemar di Malaysia adalah Sungai Segget dan Sungai Ayer Merah di Johor, Sungai
Jelutong, Sungai Juru serta Sungai Prai di Pulau Pinang. Sungai Prai adalah yang paling
serius dan telah di klasifikasikan sebagai sungai mati' kerana tidak lagi dapat
menampung sebarang bentuk kehidupan termasuk ikan dan tumbuh - tumbuhan.

2. Penebangan hutan
- Hutan ialah ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian
hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan
lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon
dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga
menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa telah membinasakan
alam semula jadi dan juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh
mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. Membinasakan hutan bukit boleh
menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian
besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku.

3. Kekurangan sumber air yang boleh digunakan
- pertambahan penduduk semulajadi Malaysia adalah tinggi iaitu pada kadar 2.3%
setahun. Dianggarkan pada tahun 2000 penduduk Malaysia akan berjumlah 20 juta
orang dengan pertambahan penduduk tersebut berlaku peningkatan permintaan
terhadap pelbagai keperluan terutamanya air. Disamping itu, perubahan citarasa, gaya
hidup dan kecenderungan boleh menambahkan lagi corak permintaan terhadap air.
Melihatkan keadaan ini, keperluan manusia terhadap air tidak akan berkesudahan dan
perlunya bekalan air sejajar dengan pertumbuhan penduduk.

4. Kemarau
- kemarau yang panjang dan pemanasan global turut menyumbang kepada kekurangan
sumber air bersih sekaligus mendorong kepada krisis air. Masalah kemarau yang
berpanjangan menjadi penyebab utama berlakunya krisis air yang kritikal sehingga
menjejaskan 200,000 pengguna.Rumah pam loji air mentah tidak dapat menampung
keperluan kerana paras sungai semakin rendah.
Krisis air bermaksud sesuatu kawasan itu mengalami masalah pembekalan air bersih. Contohnya, beberapa kawasan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan mengalami catuan bekalan air selama beberapa bulan akibat krisis air ini.Maka, faktor-faktor yang membawa kemelut air ini harus difahami oleh semua pihak supaya isu ini diselesaikan.

Sebab utama masalah air berlaku dikaitkan dengan fenomena musim kemarau yang keterlaluan itu.Kejadian kemarau yang berpanjangan ini merupakan fenomena yang di luar jangkaan semua pihak lalu menyebabkan langkah untuk mengawal bekalan air tidak dilaksanakan segera.Akibatnya, banyak kawasan tadahan air hujan dan loji air tidak mempunyai bekalan yang cukup untuk keperluan masyarakat kita itu.

Selain itu, krisis air ini disebabkan oleh sikap masyarakat kita yang suka membazirkan air tersebut. Amalan negatif ini wujud kerana kadar tarif bekalan air di Malaysia begitu rendah menyebabkan masyarakat tidak menghargai kemudahan bekalan air bersih itu. Ringkasnya, masalah air berlaku kerana rakyat negara ini tidak memahami betapa pentingnya bekalan air bersih itu lalu membazirkannya sahaja.

Tambahan pula, penyelenggaraan paip air yang tidak efektif telah menjadikan kemelut ini semakin serius.Pihak yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan ini tidak menjalankan tugas mereka sebaik mungkin sehingga membawa pelbagai kejadian paip pecah yang membazirkan air itu.Lantaran itu, sikap sambil lewa pihak berkuasa dalam menjaga paip air telah membawa krisis air ini terus menjadi bahan berita semasa negara ini.

Kajian telah membuktikan bahawa krisis air ini disebabkan juga oleh kadar pembangunan yang keterlaluan oleh pihak berkuasa. Apabila pembangunan dilaksanakan tanpa kawalan sudah pasti kualiti bekalan air yang diperoleh menjadi tidak baik kerana permintaan yang terlalu tinggi itu.Jelaslah, pembangunan yang drastik ini membawa isu bekalan air menjadi meruncing.

Kesimpulannya, semua faktor tadi membuktikan krisis air di negara ini memang wujud.Kerjasama semua pihak amat diperlukan supaya masyarakat tidak dibebankan dengan masalah air saban tahun itu. Slogan jimatkan penggunaan air harus menjadi pegangan dalam jiwa rakyat Malaysia supaya krisis air ini tidak lagi menjadi mimpi ngeri masyarakat kita.
1. Kesan ke atas sumber tanah
- Krisis air ini akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya hakisan 
Tanah. Bahkan, air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus 
akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia 
secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian 
yang seterusnya juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan 
ekonomi negara.

2. Kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna
- Sebagaimana manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air 
bersih untuk hidup. Justeru, sumber air yang tercemar akan menyebabkan flora dan 
fauna mati akibat daripada kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas 
flora dan fauna akan memberi kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan 
ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan 
manusia.

3. Kemudaratan kepada manusia
- Krisis air yang berlaku di malaysia akan memberi kemudaratan kepada manusia.Seperti 
yang kita tahu,air merupakan keperluan untuk manusia terus hidup.Jika krisis air ini tidak 
dapat di atasi dengan segera,kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya manusia akan ditimpa penyakit seperti kekurangan air.

4. Berkurangnya kawasan tadahan
- Kemampuan sesuatu kawasan tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal oleh 
keseimbangan alam semula jadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting seperti 
litupan tumbuh-tumbuhan dan kapasiti proses infilterasi yang boleh dihasilkan. Sekiranya 
keseimbangan ini terganggu maka berlaku beberapa perubahan dalam ciri-ciri air 
permukaan yang akan menjejaskan kemampuan sesuatu kawasan tadahan 
menghasilkan air. Kawasan tadahan yang terdapat di Malaysia semakin hari 
menunjukkan situasi yang tidak sihat. Ini kerana, limpahan pembangunan telah 
menyebabkan kawasan tadahan mengalami tekanan sebagai sumber air. Keadaan ini 
berlaku hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mengalami krisis ini. Di 
antaranya, negeri Johor yang mengalami kemerosotan alam sekitarnya juga 
memperlihatkan kawasan tadahan empangan Langat juga sudah mula diterangi. Di 
negeri Perak pula, bekalan air untuk kegunaan domestik dan industri diperolehi daripada 
pusat pengambilan air di sungai. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih serius 
di kawasan lembah yang terdapat aktiviti industri dan eksplotasi sumber balak di kawasan hutan di mana terdapatnya kawasan tadahan.

5. Kekurangan bekalan air
- Kita akan menghadapi kekurangan bekalan air daripada krisis tersebut. Akan 
berlakunya catuan air yang akan membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air.Hal 
ini akan menyusahkan penduduk untuk menggunakan air bagi keperluan mereka.Dari 
sektor pembangunan pula,projek2 akan terkendala kerana kekurangan sumber yang 
utama untuk menjalankan projek pembangunan tersebut.

Cara Mengatasi Krisis Air Di Malaysia

Peranan masyarakat
A) Bekerjasama
masyarakat Malaysia harus bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya dari segi
sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya program pemulihan 
dan pengurusan sungai dapat dilakukan berterusan bagi menjamin kesempurnaan ke
atas regim sungai dan persekitarannya.

B) Berjimat cermat
Sikap berjimat - cermat perlu wujud dalam diri setiap individu masyarakat yang leka
dengan nikmat Tuhan ini mungkin tidak menyangka bahawa suatu hari nanti kita akan
mengalami musibah ini. Oleh hal yang demikian, sikap berjimat-cermat patut dipupuk
sejak kecil lagi.

Peranan kerajaan
A) Mengekalkan kawasan tadahan hujan
Penebangan kawasan hutan mestilah dielakkan lebih kurang 10 kilometer dari  kawasan
tadahan hujan. Perkara ini penting bagi menjaga kawasan tadahan air daripada 
musnah. Kawasan ini penting bagi membekalkan air bersih kepada kawasan empangan 
sebelum disalurkan ke rumah kediaman dan premis.

B) Catuan air
Kerajaan perlu mengadakan catuan air ke kawasan - kawasan tertentu sebagai langkah
berjaga - jaga. Catuan air boleh dilaksanakan berdasarkan bilangan jam dalam sehari
mengikut kawasan tertentu. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan pembaziran air selain
menyedarkan masyarakat agar menghargai kepentingan air.
C) Kempen kesedaran
bagi mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak
apa' perlu ditangani. Kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap 
individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya perlu disiarkan setiap 
masa.

Kerajaan Negeri Selangor perlu membayar pampasan kepada pengusaha perniagaan bagi kerugian yang dialami sekiranya berlaku krisis air di negeri itu, kata Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah.

Ikhlas atau Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia, pertubuhan yang mewakili kira-kira 300,000 peniaga kecil di seluruh negara, mahukan surat jaminan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tidak akan berlaku krisis air di Selangor sehingga 2019.

Mohd Ridzuan berkata: "Kami mahukan surat jaminan secara bertulis daripada beliau agar pengusaha perniagaan kami tidak perlu bimbang. Mereka akan terjejas teruk sekiranya berlaku krisis air."

D) Menaikkan kadar bil air
Ekoran krisis tersebut, Majlis Air Kebangsaan telah ditubuhkan oleh kabinet untuk
mengawal dan mengurus sistem pembahagian air. Negeri - negeri yang menghadapi
krisis air akan menerima bekalan air dari negeri - negeri lain yang stabil bekalan airnya.
Demi menghentikan sikap masyarakat yang cenderung untuk membazir air, kerajaan
telah mengambil langkah menaikkan kadar bayaran bil air di kawasan Lembah Klang.
Keadaan itu dapat memastikan bahawa masyarakat lebih berjimat dan cekap ketika
menggunakan air. Walaupun proses pembersihan sungai daripada unsur - unsur pencemar akan menelan perbelanjaan yang tinggi, kerajaan harus berinisiatif untuk membersihkan sungai - sungai seperti Sungai Klang, Sungai Gombak, dan Sungai Juru yang menghadapi pencemaran yang dahsyat. Dengan cara ini, kualiti bekalan air akan terjamin.

E) Pengagihan dan penggunaan air perlu diperincikan
Sudah tiba masanya pihak Jabatan Air untuk menggantikan paip berkarat dengan paip
yang baru. Sebagai perbadanan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
bekalan air di negara ini, mutu perkhidmatan mereka perlu dipertingkatkan.
Keberkesanan dalam pengagihan dan penggunaan air juga perlu diperincikan supaya
pembaziran air dapat dikurangkan pada tahap yang minimum. Negara maju seperti
Jepun telah mengaplikasikan cara tersebut untuk menjamin mutu bekalan air kepada
rakyatnya.
“Tahun ini adalah yang terbaik memandangkan persediaan awal kerajaan negeri dan Syarikat Air Darul Aman Sdn.Bhd (Sada) serta pelbagai agensi lain bagi menangani krisis air dengan efisien,”katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Kedah di Mentaloon di sini, hari ini
Beliau berkata, pam penggalak yang dipasang di kawasan bertekanan air rendah, kekerapan agihan serta penambahan jumlah lori menghantar air dan penyerahan 1,000 tangki air kepada penduduk yang terjejas nyata banyak membantu menyelesaikan gangguan air berkenaan.
“Bagi kawasan yang masih mengalami masalah, kita minta bersabar kerana kami sedang menyelesaikannya dari semasa ke semasa dan secara berperingkat.
“Pada masa sama, kerajaan negeri menerima peruntukan khas kira-kira RM600 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk menangani isu bekalan air dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya.
Badrul Hisham berkata, kerajaan negeri juga akan membuka tender untuk menaik taraf lima loji sedia ada dan membina loji baharu di Pokok Sena dalam tempoh dua bulan lagi.


F) Program kesedaran dan pendidikan
Walau bagaimanapun, rakyat sendiri haruslah sentiasa menghargai sumber air dan
segala amalan pembaziran air perlu dikikis. Program kesedaran dan pendidikan yang
bertujuan untuk memastikan pembabitan orang awam dalam usaha menangani masalah 
krisis air dipercayai dapat membentuk sikap positif pada sanubari anggota rakyat.
Walaupun Malaysia mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun, ini tidak
bermakna bahawa Malaysia terkecuali daripada krisis air yang merugikan. Permintaan air pada masa ini ialah 2.6 bilion meter padu dalam setahun dan dijangka akan terus meningkat kepada 5.8 bilion meter padu menjelang tahun wawasan. Sememangnya sudah tiba masanya untuk kita berganding bahu mengatasi krisis air sebelum bertambah parah.

Kesan Krisis Air di Malaysia

1. Kesan ke atas sumber tanah
- Krisis air ini akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya hakisan
Tanah. Bahkan, air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus
akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia
secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian
yang seterusnya juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan
ekonomi negara.

2. Kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna
- Sebagaimana manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air
bersih untuk hidup. Justeru, sumber air yang tercemar akan menyebabkan flora dan
fauna mati akibat daripada kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas
flora dan fauna akan memberi kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan
ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan
manusia.

3. Kemudaratan kepada manusia
- Krisis air yang berlaku di malaysia akan memberi kemudaratan kepada manusia.Seperti
yang kita tahu,air merupakan keperluan untuk manusia terus hidup.Jika krisis air ini tidak
dapat di atasi dengan segera,kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya manusia akan ditimpa penyakit seperti kekurangan air.

4. Berkurangnya kawasan tadahan
- Kemampuan sesuatu kawasan tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal oleh
keseimbangan alam semula jadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting seperti
litupan tumbuh-tumbuhan dan kapasiti proses infilterasi yang boleh dihasilkan. Sekiranya
keseimbangan ini terganggu maka berlaku beberapa perubahan dalam ciri-ciri air
permukaan yang akan menjejaskan kemampuan sesuatu kawasan tadahan
menghasilkan air. Kawasan tadahan yang terdapat di Malaysia semakin hari
menunjukkan situasi yang tidak sihat. Ini kerana, limpahan pembangunan telah
menyebabkan kawasan tadahan mengalami tekanan sebagai sumber air. Keadaan ini
berlaku hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mengalami krisis ini. Di
antaranya, negeri Johor yang mengalami kemerosotan alam sekitarnya juga
memperlihatkan kawasan tadahan empangan Langat juga sudah mula diterangi. Di
negeri Perak pula, bekalan air untuk kegunaan domestik dan industri diperolehi daripada
pusat pengambilan air di sungai. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih serius
di kawasan lembah yang terdapat aktiviti industri dan eksplotasi sumber balak di kawasan hutan di mana terdapatnya kawasan tadahan.

5. Kekurangan bekalan air
- Kita akan menghadapi kekurangan bekalan air daripada krisis tersebut. Akan
berlakunya catuan air yang akan membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air.Hal
ini akan menyusahkan penduduk untuk menggunakan air bagi keperluan mereka.Dari
sektor pembangunan pula,projek2 akan terkendala kerana kekurangan sumber yang
utama untuk menjalankan projek pembangunan tersebut.

Adakah anda tahu kesan-kesan kekurangan bekalan air??Masalah ini memberi kesan secara langsung kepada manusia terutama pada kesihatan manusia.Bekalan air yang tidak mencukupi boleh menjejaskan kesihatan manusia menjadi lemah dan tidak bertenaga.Selain itu,manusia boleh menghidapi pelbagai penyakit seperti deman,cirit-birit disebabkan minum air yang tidak bersih.Masalah kekurangan air tidak hanya memberi kesan kepada manusia sahaja,sebaliknya ia turut memberi kesan kepada tanah dan tumbuh-tumbuhan yang lain.Tanah menjadi kering kontar dan aktiviti pertanian juga terjejas.Oleh itu,kita perlu mengambil insentif untuk memelihara dan memulihara sumber bekalan air kita.Kita sebagai kehidupan di alam ini perlu bertanggungjawab ke atas amanah yang diberikan oleh tuhan untuk menjada sumber-sumber alam ini.
SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN

Cadangan untuk memberi insentif kepada orang awam bagi menggalakkan pemasangan SPAH Untuk menggalakkan lagi penggunaan SPAH di Malaysia dari segi ekonomi ialah dengan cara memberi insentif untuk pemasangan SPAH iaitu dari segi peruntukan subsidi oleh kerajaan, rebat cukai dan rebat kepada pemilik rumah. i. Peruntukan subsidi Pihak kerajaan perlu menyediakan subsidi seperti tukang paip berlesen yang memasang sistem SPAH ini dan memberi khidmat untuk melawat rumah bagi memasang pelbagai peranti air yang cekap serta memberikan nasihat mengenai strategi penjimatan air. Peruntukan ini telah pun dilaksanakan di Australia, Kerajaan Negeri Queensland. ii. Rebat cukai Untuk menggalakkan penyertaan pihak yang berkepentingan, bahan penuaian air hujan akan menjadi bebas cukai dan dapat ditawarkan kepada pemilik rumah atau orang awam yang memilih untuk mengambil bahagian dalam SPAH ini. iii. Rebat kepada pemilik rumah Selain daripada memberi rebat cukai, satu lagi langkah yang boleh menarik minat dan menggalakkan amalan penuaian air hujan ialah dengan menyediakan rebat bagi pembelian dan pemasangan peralatan SPAH. Hal ini amat berkesan kerana salah satu faktor utama orang awam tidak menggunakan SPAH ini ialah kerana komponen SPAH seperti tangki simpanan adalah e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017 komponen yang sangat mahal. Sebagai contoh negara yang melaksanakan rebat ini adalah di negara Sydney, Australia. Rebat sehingga A$800 diberikan bagi pemasangan tangki air hujan, kelayakan dan jumlah rebat yang ditentukan memenuhi syarat-syarat yang diperlukan, saiz tangki dan sama ada air hujan disambungkan ke tandas atau mesin basuh. 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa sistem penuaian air hujan adalah contoh sistem yang mampan dan praktikal

Sunday, 16 March 2014

cara memasak keladi

elak keladi menjadi gatal bila di buat sayur,,,,,,,,,,,,,,, rebus keladi dengan asam keping ... cuka.... atau apa apa limau.......... setelah di rebus tapis......... bilas dengan air........ baru di masak semula.........